Uikkss! berite semalam sebenarnye tapi x sempat nak update entri ni..kelas penuh plak! huhu.. terkejut gak tengok berite kelmarin..bile Menteri Pengajian Tinggi kite umumkan yang takde pon IPTA ker, IPTS ker layak digelar status terbilang! huhuhu.. kenapa yek? abes tuh ape status IPTA atau IPTS yang ada di Malaysia sekarang? haaa... itulah yang bermain2 di kepala kite skarang kan? ;):)
Tapi itulah yang berlaku dalam keputusan Setara 2009. Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi (Setara) bertujuan mengukur kualiti, kebertanggungjawaban dan prestasi IPTA dan IPTS.Sebanyak 58 universiti dan kolej universiti tempatan mengambil penyertaan tahun ini berbanding cuma 20 universiti awam pada 2007. Program itu salah satu usaha berterusan kementerian meningkatkan budaya penambahbaikan kualiti secara berterusan dan sistem negara yang melengkapi jaminan kualiti Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).. menarik bukan?
hmm.. UiTM status ape lak? Jomm..
Berdasarkan keputusan tersebut didapati hanya 18 IPTA ngan IPTS yang layak diberi status cemerlang.. di mana 7 daripadanye IPTA dan 11 dari IPTS..huh! skit benor plak rasenye..hikhikhik... IPTA mane yang tersenarai?? haaa..musti korang pon nak tau kan? salah satu nye of course la UiTM di hatiku, UIA, UKM, UM, UPM, USM, UTM...

gambo2 ni snap mase tengah tengok buletin utama, TV3 12 Julai 2010dan IPTS plak adalah UniKL, MMU, UTP serta MSU, Sunway University College, Curtin University of Teknology Kampus Sarawak, Monash University Kampus Sunway, Taylor's University College, International Medical University, University of Nottingham Kampus Malaysia dan Swinburne University Teknology Kampus Sarawak...fuhhh! panjang2 name2 IPTS nih... yang lain menurut menteri pengajian tinggi, adalah daripada 14 IPTS dan 11 IPTA berada di tahap sangat baik manakala empat kolej universiti swasta menduduki tahap baik.. Alhamdulillah!:);)
Keputusan yang diterima itu akan digunakan sebagai input kementerian dalam menetapkan dasar kerajaan bagi memperkasakan sistem pendidikan pengajian tinggi negara. So, lepas ni sistem pendidikan di Malaysia dapat mencapai tahap yang lebih baik..InsyaAllah..mudah2han.. AMIN!
Sumber maklumat ini diperolehi daripada pihak Utusan Malaysia online..
TIADA IPTA, IPTS TERBILANG.. tenkiu diatas maklumat yang dikongsi! ;):)
P/S: perlu lebih bekerja keras untuk mencapai status terbilang plak lepas nie...chaiyok2 UiTM!! :):)


2 comments:
berdasarkan apa ya, nak evaluate jadi cemerlang dan terbilang?
kalo ikut ape yang diberitahu, ade 25 kriteria yang melibatkan tiga dimensi umum.. ade input, proses, output+maklumbalas dr U negara ASEAN yg lain...xde plak dibgtau kriteria secara detail...huhuhuhu...
Post a Comment